Sarapan Pagi Di Kluang @ Kluang Rail Coffee

Kluang RailCoffee
Klang RailCoffee

Perjalanan kami ke Kluang bermula seawal tujuh pagi. Menaiki keretapi dari Johor Bahru ke Kluang hanya untuk bersarapan di Kluang RailCoffee. Hebat kan! Memang hebat, sebab ini adalah pengalaman pertama mereka menaiki keretapi, so excited terlebih la. Setiap minit ada saja soalan-soalan yang ditujukan. Macam trivia pulak rasanya..
Jika menaiki keretapi dari JB, jadual pagi ialah 7.30am dan 8.30am. Jarak masa untuk ke Kluang pula lebih kurang 2 jam. So buleh la bajet nak naik yang mana satu. Malangnya, untuk pulang ke JB, yang paling awal available ialah 5.30pm. Lama betul jaraknya kan... Nasib baik ada dua Mall yang ok di Kluang (Kluang Mall & Kluang Parade), ada la juga aktiviti yang dapat dilakukan sementara menunggu waktu.

Kluang
Wajah-wajah seawal 7.30 pagi

Setibanya di Kluang, kami terus bergambar untuk kenang-kenangan(walaupun terdapat sign larangan untuk bergambar disitu). Memang sukar untuk tidak bergambar ditempat yang unik seperti stesen Kluang.

Stesen Keretapi Kluang
Yang teruja!

Kemudian kami terus ke Kluang RailCoffee. Fuh! terpaksa beratur untuk tempat duduk. Kami memang teruja dengan sambutan terhadap RailCoffee ni. Bagaimana perniagaan yang simple ini buleh berjaya ke tahap ini. Arghh, jangan dipikirkan sangat, jom kita terjah apa yang ada kat dalam.

Telur Ayam Kampung
Telur Ayam Kampung

Standard menu kopitiam la, kena order Kopi, Telur separuh masak (aku pilih telur ayam kampung), roti bakar butter kaya, nasi lemak dan mee goreng.  Menu yang simple untuk sarapan pagi yang sempurna.

Yang sangat menikmati!

Lama juga kami bersarapan di RailCoffee. Lihat la bagaimana mereka diatas. Menikmati makanan masing masing dengan bersungguh. Setelah habis, kami meneruskan perjalanan ke bandar Kluang. Jalan-jalan menghabiskan waktu sementara menunggu waktu pulang.

Kos perjalanan kami ke Kluang adalah seperti dibawah;

Ticket Keretapi(2 Dewasa, 2 Kanak-kanak) - RM18 (sehala)
Sarapan di Kluang RailCoffee - RM16
Parking Kereta stesen keretapi di JB Sentral - RM12
Lain-lain - RM20








0 Response to "Sarapan Pagi Di Kluang @ Kluang Rail Coffee"

Post a Comment

NB: Anonymous and keywords comment will not be published.