Sambal Tumis Sardin Sedap

Sambal Tumis Sardin


Ini adalah resipi Sambal Tumis Sardin saya yang mudah dan sedap. Kalau di campak-campak bahan masakan dalam kuali pun akan menjadi. Sesuai sangat lah untuk dapur orang bujang. Simple tapi sedap. Nak lagi sedap, makan dengan kicap dan ulam-ulam..perghh….jangan lupa telur dadar…

Saya pakai jenama Ayam Brand, RM6.10 setin. Mahalkan! Dalam tin ada tiga tongkol ikan, jadi bila dibahagikan dengan tiga, jatuh RM2.03 setongkol. Takkan nak makan setongkol aja kan. Dulu dulu  orang cakap “susah susah makan sardin je!”. Buleh pakai lagi ke ungkapan tu.

Bagaimana jika sardin dikategorikan sebagai makanan orang-orang kaya. Setuju atau tidak? Persoalannya, orang kaya makan ke Sambal Tumis Sardin ni? Hmmmm..

Sambal Sardin


OK lah, kalau nak cuba resipi Sambal Tumis Sardin saya yang mudah dan ringkas ini, cara-caranya adalah seperti berikut;

Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 -5 biji cili merah (cili masak) *
3 tin sardin (saiz sederhana)
1 biji kentang (potong 2 bhgn panjang dan dihiris nipis)
Minyak masak
Asam keping (asam gelugor)
Garam dan gula

* dikisar

Langkah-langkah:

Mula-mula asingkan isi sardin dan sos nya. Panaskan sedikit minyak. Gorengkan isi sardin separa masak dan angkat. Gorengkan kentang dan angkat. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar (bertanda *) sehingga pecah minyak dan naik bau. Seterusnya, masukkan kuah sardin yg diasingkan tadi ke dalam tumisan dan gaul sebati. Masukkan sedikit air (jika perlu), kacau sedikit dan tunggu sehingga kuah menggelegak. Apabila sambal mula menggelegak, buleh la dimasukkan isi sardin dan kentang yang sudah digoreng dan gaul perlahan. Masukkan juga sekeping asam keping dan perasakan bersama garam dan  gula mengikut citarasa.

2 Responses to "Sambal Tumis Sardin Sedap"

  1. Delicious Food Blog,I Like Your Articles,I Am Very Passionate about reading cooking articles,really impressed with your article..

    ReplyDelete

NB: Anonymous and keywords comment will not be published.